Memperjuangkan Individu adalah salah dan tidak dituntut dalam Islam

Memperjuangkan individu adalah salah dan mempertahan individu yang bukan di dalam kebenaran adalah syirik. Apalah perlu kita rakyat jelata mempertahan individu yang terang-terangan tidak suka kepada keamananan. Keamanan adalah di tuntut dalam Islam tetapi ada segelintir manusia yang tidak suka keamanan. Demontrasi jalanan oleh pelajar-pelajar yang tidak faham erti keamanan di UPSI dan rancangan demontrasi jalanan pada 9/1/2012 adalah bukti bahawa ada segelintir rakyat yang mengatakan dirinya orang Islam tetapi tidak sukakan keamanan. Ini membuktikan bahawa mereka berpegang kepada cara hidup songsang dan bukan ajaran Islam iaitu cara hidup "matlamat tidak menghalalkan cara". Sikap segelintir rakyat ini hanya bertopengkan Islam tetapi dalam diri mereka penuh dengan nanah, noda, hasad dan dengki.

Oleh itu, ingatlah bahawa perbuatan segelintir rakyat ini adalah pekerjaan yang sia-sia dan tidak diredhai oleh Allah S.W.T dan balasan kepada mereka ialah pintu neraka yang tebuka luas. Cerminkan diri golongan rakyat terpinggir ini adakah anda golongan rakyat yang sukakan keamanan? Mereka telah merosakakn harta benda milik perseorangan, menganggu lalu lintas, membuat bising, menakutkan orang lain, tidak suka melihat orang lain senang, tidak ada arah tujuan, melanggar undang-undang dan yang paling keji ialah mereka adalah segelintir rakyat yang tidak pernah bersyukur dengan segala nikmat yang telah diberikan Allah S.W.T kepada mereka. Sedarlah bahawa Allah akan membalas segala perbuatan durjana mereka ini dengan azab api nereka. Perjuangan mereka hanya satu ialah memprtahankan satu individu yang tidak berpegang kepada kebenaran.