Tidak Semua Orang Berilmu Boleh Mengajar Ilmuan Islam



Kesucian Ilmu Islam perlulah di jagai dan dipupuk supaya dapat di manafaatkan oleh ummah. Akhir-akhir ini, ramai pendokong PAS seperti Khalid Samad, Ali Setan, dan ramai lagi menggunakan platform surau dan masjid untuk menyampaikan ceramah dan cuba berlagak menjadi sehebat pendakwah Islam sedangkan ilmu yang ada pada mereka tidaklah seberapa. Sebenarnya mereka ini bertopengkan PAS, PKR atau DAP untuk meraih simpati masyarakat setempat. Lihat apa yang berlaku kepada Ali Setan ...menyampaikan ceramah yang membawa kepada pepecahan umah semasa beliau memberi kuliah di salah sebuah surau di USJ.

Kita kenali Khalid Samad seorang Islam dan beliau juga adalah ahli politik pembangkang dan beliau tidak di kenali sebagai seorang yang benar-benar mempunyai ilmu dalam menyampaikan apa saja mengenai ilmuan Islam terutama mengenai Feqah, Tauhid, Tafsir, Usul, Fardhu Ain, dan lain-lain Ilmuan Islam. Di zaman Rasulullah S.A.W. sahabat-sahabat yang dihantar untuk berdakwah ke segenap pelusuk dunia adalah golongan insan terpilih dan dipilih dari kalangan sahabat yang Rasulullah kenali sebagai seorang yang 'Terbaik' dikalangan sahabat-sahabat. Rasulullah tidak tangkap muat iaitu membenarkan semua sahabat menyampaikan dakwah....bahkan semasa melantik Saidina Abu Bakar untuk menjadi imam menggantikan Rasulullah S.A.W. beliau memang telah pasti Saidina Abu Bakar adalah yang terbaik dikalangan sahabat-sahabat. Di antara sifat terbaik di kalangan sahabat Rasulullulah ialah tidak pernah meninggalkan sembahyang 5 waktu, bangun malam (Qiam), sembahyang sunat awal dan akhir sembahyang, tidak pernah melambatkan waktu sembahyang, sembahyang berjemaah, berkata baik, tidak ada musuh dikalangan orang Islam, tidak pernah tinggal sunah tahajud dan sunat Dhuha dan banyak lagi sifat-sifat terpuji yang mesti ada.

Khalid Samad bukan sarjana Islam. Ilmu Islam yang beliau ada tidaklah sejauh mana dan hanya diperolehi daripada pendengaran atau bacaan ringan tanpa berguru dengan guru yang 'mursyid'. Untuk mendapatkan ilmuan Islam sebenar kita sebagai seorang Islam mestilah berguru dengan guru yang 'mursyid' iaitu seorang guru yang tinggi ilmunya dan boleh memimpin kita samada di dunia atau di akhirat. Kalau setakat Khalid Samad nak beri ceramah agama di masjid-masjid atau di surau-surau, lebih baik Ali Setan kerana beliau belajar berguru agama Islam di Syria. Belajar ilmu agama di Syria belum tentu Ali Setan boleh menjadi guru yang 'mursyid'. Jadi apabila JAIS memantau siapa yang layak atau tidak layak untuk diberi tauliah mengajar ilmu agama, ini suatu langkah yang wajar dan telah diamalkan oleh semua Jabatan Agama Islam negeri sejak lama dulu. Kenapa baru sekarang di persoalkan? JAIS adalah di bawah naungan DYMM Sultan Selangor dan apabila tauliah di persoalkan, ini bermakna Khalid Samad dan PAS mempersoalkan titah perintah DYMM Sultan Selangor. JAIS tidak ada kena mengena dengan UMNO. Kenapa tidak persoalkan titah perintah ini dari DYMM Sultan Selangor. Kenapa takut?

Persoalannya kenapa Khalid Samad tidak memohon pentauliahan daripada JAIS ? Khalid Samad takut memohon pentauliahan kerana proses untuk mendapatkan tauliah memerlukan Khalid Samad bersedia dengan Profil kemampuan beliau mengajar bab-bab agama bukannya politik diantaranya adakah beliau mampu menafsir sesuatu hadith atau  ayant Al-Quran mengikut adab-adab mentafsir? Adakah beliau mampu bukan saja menghafal sesuatu surah dengan betul tetapi bagaimana dengan takwid, qosa dan nahunya? Sebelum sesuatu pentauliah diberikan, Khalid Samad atau sesiapa saja yang ingin memohon sijil pentauliahan perlu melalui temuduga...adakah Khalid Samad takut untuk menghadiri sesi temuduga ini? Mungkin Khalid Samad ditanya serba sedikit ilmunya oleh para panel yang terdiri Mufti dan ulama-lama terbilang? Mampukah Khalid Samad menghadapi ini semua....

Jadi PAS, PKR, atau DAP janganlah berdolak dalih mengeni isu pentauliahan. Jika pendokong pembangkang rasa layak untuk mendapat tauliah...mohon saja dan laluilah semua proses ini kerana hendak masuk syurga juga perlu melalui proses-proses tertentu kerana janji Allah ialah mereka yang terbaik saja di jamin akan masuk syurga. Kalau bukan terbaik maka pelbagai ranjau dan rintangan perlu dihadapi dalam proses mendapatkan syurga Allah.

KITA TIDAK MAHU MELIHAT GENERASI ISLAM AKAN DATANG MENERIMA ILMU SONGSANG DARI MEREKA YANG TIDAK LAYAK UNTUK MENYAMPAIKAN ILMU AGAMA...

No comments:

Post a Comment