Mat Sabu = Mat Indera Berfahaman Kiri (Komunis)


Mengapa Mat Indera berada dalam Parti Komunis Malaya  (PKM) dan terlibat dalam Peristiwa Bukit Kepong?

Jika disusuri sejarah politik negara, PKM telah menjalankan satu dasar Malayan United Front iaitu satu dasar yang telah diputuskan sebelum 1948 lagi. Dalam dasar ini, PKM akan cuba menyebarkan pengaruh dan ideologi komunis kepada semua bangsa di Tanah Melayu. PKM yang ditubuhkan pada 1927/1930, selama itu hanya mendapat sokongan daripada satu bangsa sahaja iaitu orang China sedangkan orang India dan Melayu terutamanya tidak ramai menjadi anggotanya.

Untuk mencapai tujuan ini, anggota PKM telah meresap masuk dan menubuhkan kesatuan sekerja, parti-parti politik serta badan-badan masyarakat yang lain. Malah mereka juga menyamar dengan nama orang Melayu dan menggelarkan dirinya sebagai Haji seperti Cheng Nan yang menyamar sebagai Haji Hashim dan bergaul dengan masyarakat Melayu di Pahang. Malah untuk menunjukkan imej kerjasama bangsa itu, Musa Ahmad, seorang kelulusan sekolah agama rakyat telah dilantik sebagai Pengerusi PKM. Beliau kemudian digantikan oleh Abdullah C.D. apabila Musa bermastautin di China. Namun, mereka adalah boneka kerana Chin Peng adalah pemegang dasar PKM.

Mat Indera dan ramai orang Melayu pada masa itu terpengaruh dengan dasar PKM. PKM telah membakar semangat mereka dengan perasaan anti–kolonial dan anti-kuasa Barat. British yang menguasai Persekutuan Tanah Melayu dilihat sebagai penjajah yang mengeksploitasi ekonomi negara. Manakala Raja-Raja Melayu dan pembesar Melayu yang memimpin UMNO dilihat sebagai penyokong British. Ini kerana PKM telah gagal untuk mendapat perhatian British selepas Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1948.

Mat Sabu jika dibandingkan dengan pergerakaan PKM iaitu penglibatan beliau dalam gerakan kiri dan berfahaman kiri boleh dijejaki sejak beliau menuntut di ITM (lulus/tidak lulus wallahhuallam). Beliau sangat aktif dalam memperjuangkan ideologi kesamaaan dan sangat taksub dengan perjuangan memastikan rakyat di bela dan menuntut hak samarataan. Beliau melihat perjuangan PKM adalah wadah perjuangan yang mirip kepada perjuangan beliau. Bertopengkan perjuangan ini, beliau merasakan dengan menjadi ahli PAS beliau masih boleh meneruskan perjuangan untuk memastikan hak kesamarataan di nikmati oleh rakyat. Jika PKM masih tidak diharamkan di Malaysia, sudah pasti beliau akan menjadi ahli PKM.

Beliau juga sangat liberal dan disyaki mengamalkan amalan syiah (bahkan ramai ahli PAS berfahaman syiah). Lihat saja kes beliau apabila di tangkap berkhalwat. Beliau disyaki mengamalkan Mutaah ! Beliau juga bukan dari golongan ulama kerana pendidikan agama beliau tidak sehebat mana dan sudah pasti tidak pernah mengaji pondok atau berguru dengan ulama-ulama tersohor di dunia samada di Malaysia atau di luar negara. Beliau tidak pernah menyampaikan khutbah jumaat.

Bermula sebagai ayam tambatan Pas di atas pentas ceramah (bukan ceramah berunsurkan agama), hari ini, Mat Sabu diangkat oleh ahli PAS sebagai kedua terpenting dalam Pas.

Biarpun menampilkan imej Islam, berkopiah tetapi masih ramai yang terlupa dengan sejarah silamnya.

Hebat di pentas ceramah, hebat berpolitik, Mat Sabu juga hebat dengan perempuan. Mungkin generasi muda hari ini sudah lupa dengan bilik 121, Hotel Perdana, Kota Bharu. Bilik ini yang menjadi saksi Mat Sabu ditangkap berkhalwat dengan isteri sahabatnya sendiri, Norma.

Ketika ditangkap Mat Sabu hanya bertuala. Tetapi kerana dibicara di negeri serambi Mekah yang dipimpin oleh Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat maka Haji Mat Sabu dibebaskan.

Mungkin kerana sial Mat Sabu, bisnes Hotel Perdana semakin merosot dan kini diruntuhkan untuk digantikan bangunan baru - mungkin juga Nik Aziz mahu menutup dosa Mat Sabu.
Soalnya dengan rekod pernah ditangkap khalwat dan pendidikan agama yang tidak sehebat mana, layakkah beliau memimpin Parti Islam SeMalaysia?

Mat Sabu sendiri tentu tidak mahu suatu hari nanti, dia diberikan gambaran salah oleh sejarah. Bayangkan nanti, cucu-cicitnya dikejutkan dengan tafsiran baru oleh politikus ketika era itu yang melihat Mat Sabu lebih sebagai penyangak, penipu dan pengkhalwat - bukannya pemimpin Pas yang menyumbang kepada parti dan masyarakat.

Ketika itu, mana tahu, pengamal ajaran sesat, Ayah Pin akan dianggap hero sementara Mat Sabu cuma dilabel pak turut Lim Guan Eng. Hujah yang boleh diberi kewajaran bahawa kemudaratan yang diakibatkan oleh Mat Sabu (dan beberapa pemimpin Pas lain) terhadap kepentingan Islam adalah lebih besar berbanding Ayah Pin. Setidak-tidaknya Ayah Pin tidak membawa perpecahan kepada umat Islam. Maknanya nilai diri Ayah Pin lebih tinggi berbanding Timbalan Presiden Pas. Mana tahu juga, suatu hari nanti, bekas perogol, peliwat, pembunuh dan perompak, yang kemudian menyokong Pas, diangkat menjadi hero. Si mangsa pula dihina.

Apakah ini nilai masyarakat berperadaban yang diperjuangkan oleh PAS?

Walaupun Mohamad Sabu tidaklah banyak jasa dan cuma hebat kontroversinya, namun beliau juga berhak diadili sebaik mungkin oleh sejarah suatu hari nanti.

No comments:

Post a Comment