Barang Naik Angkara Siapa


Isu harga barang naik menjadi bahan politik PAS untuk menghentam BN atas alasan kerajaan tidak pandai mentadbir INFLASI..........apa dia inflasi.....iaitu apabila harga barang secara amnya naik....jadi ini angkara siapa...

Kepada yang belajar ilmu ekonomi ...teori permintaan dan penawaran adalah perkara asas perlu di pelajari iaitu di kenali oleh orang barat sebagai Law of demand/supply...kalau di terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu bermakna Hukum permintaan/penawaran...bila di sebut HUKUM dalam Islam ialah satu SUNATULLAH dan ia tidak boleh di ubah sama sekali melainkan atas sebab-sebab tertentu dan sebab-sebab ini perlu difahami oleh bukan saja ahli PAS tetapi MANUSIA secara umumnya....kerana jika tiada permintaan maka sebarang BENDA di dunia ini tiada harganya....dengan itu sebarang BENDA di dunia ini dinilai dengan HARGAnya...semakin tinggi harga semakin bernilai barang tersebut...contohnya EMAS bernilai terlalu tinggi kerana permintaanya yang tinggi dan sukar untuk manusia mendapatnya (scarced)...

Dengan itu, kembali semula kepada konsep harga sebab apa harga Barang Naik....ia tidak boleh lari dari PERMINTAAN manusia samada ahli PAS atau bukan....Kerajaan dalam pasaran bebas seperti Malaysia tidak boleh terlalu mengawal harga pasaran kerana harga pasaran ditentukan oleh permintaan dan penawaran...kalau permintaan ayam tinggi seperti musim hari raya sudah tentu harga barang akan naik...tetapi di Malaysia kerajaan memperkenalkan (Government Intervention) Harga barang kawalan seperti ayam di mana harga ceiling semasa hari raya tahun ini (2011) tidak lebih dari RM6.35/kg...tetapi ada penjual termasuk ahli PAS yang menjual ayam sekilo lebih dari RM6.35...Kenapa jadi begini??? Kita tanya penjual ahli PAS ni....atau sesiapa saja yang menjual ayam..motif setiap penjual ialah MEMAKSIMAKAN KEUNTUNGAN...dan ini diamalkan oleh ahli PAS dan penjual-penjual lain...matlamat untung sederhana hanya RETHORIK semata-mata..saya boleh buktikannya di Kota Bharu..kerana pada hari ini (29/8/2011) saya kembali berhari raya di Kota Bharu....banyak harga-harga barang di Kota Bharu yang ditadbir oleh kerajaan PAS jauh LEBIH MAHAL dari harga barang di Lembah Klang...contohnya...sekilo santan di kota bharu ialah RM7 sedangkan di lembah Klang hanya RM4..Sebuah kereta Mercedes untuk dicuci di Kota Bharu kosnya ialah RM12 sedangkan di Lembah Klang hanya RM8 (kalau tak percaya pergilah ke Pulau Melaka dan cucilah kereta anda di hanya sebuah saja kedai mencuci kereta di Pulau Melaka tu...dan Pulau Melaka semua orang PAS tahu adalah tempat di mana Nik Aziz tinggal)...Jadi siapa yang mengawal harga...HARGA DI KAWAL OLEH PERMINTAAN DAN PENAWARAN...dan bukan Kerajaan kerana PAS sendiri yang telah memerintah Kelantan lebih 20 tahun tidak boleh mengawal harga barang dari naik...lihat saja harga rumah di Kota Bharu...naik lebih daripada 100% sejak saya meninggalkan Kelantan tahun 1997....sekali lagi kita tanya PAS...sebab apa harga ni naik....satu saja jawapan kepada yang belajar EKONOMI....kerana permintaan naik..bila permintaan naik, harga akan naik....ini HUKUM PERMINTAAN atau satu SUNAHTULLAH...

Jadi bagi mengelakkah harga barang naik....kita sebagai manusia iaitu Pengguna kenalah berhemah dalam berbelanja.....Islam mengkategorikan barang keperluan kepada 4 iaitu Dharuriyyah, Hajiyyat, Kamaliat dan Tarafiat...Barang-barang yang tidak perlu seperti membeli kereta lebih dari SATU di anggap sudah membazir kerana SATU sudah memadai...satu rumah yang SEDERHANA sudah memadai dari membeli/membuat rumah tersergam indah....

Kita juga sebagai pengguna kena belajar membeli barang kerana MAHAL TIDAK SEMESTINYA BAGUS, DAN MURAH TIDAK SEMESTINYA TIDAK BAGUS... jadi BELILAH BARANG KEPELUAN KITA DI KEDAI 1MALAYSIA ATAU DI MYDIN ......

Pengguna hari ini samada PAS atau bukan tidak lagi membeli barang atau perkhidmatan mengikut kategori barangan keperluan dalam Islam Dharuriyyah (sangat perlu), Hajiyyat  (menyempurnakan), Kamaliat (lebih menyempurnakan) dan Tarafiat (membazir)...Dengan itu apabila kita sebagai pengguna membeli barang tidak mengikut KEUTAMAAN ISLAM maka berlakulah KENAIKAN HARGA BARANG yang tidak boleh dikawal bukan saja oleh pentadbir PAS bahkan semua pentadbir di muka bumi ini........

TEPUK DADA TANYA SELERA.......

No comments:

Post a Comment