PRU13-Generasi Muda sebagai Penentunya

Bagaimana BN boleh memikat generasi muda? Jawapannya terletak kepada strategi...walaupun BN tak nampak hebat tetapi kalau strategi tepat dan hebat, sudah tentu ramai yang jatuh hati. Dengan itu ayuh BN hebatkan strategi dengan memfokuskan kepada 2 unsur utama iaitu: 1. Zahirkan idea yang unggul 2. Game changer...ini ada WOW faktor untuk memikat generasi muda.

Apa idea unggul yang boleh memikat generasi muda: Ikut rentak mereka tetapi dengan berhemah dan bersantun..contoh jika generasi muda berpendapat Seksualiti Merdeka adalah wajar dibenarkan, BN boleh mencegah aliran songsang ini menerusi pendidikan. Mulakan pencegahan melalui pendidikan formal dan bukan formal. Gunakan saluran media bagi mendidik generasi muda bahawa pemikiran ini adalah salah samada dari segi budaya, sosial mahupun agama.

Mengenai Game Changer, BN mesti mengenalpasti landscape baru permainan supaya setara dan boleh bermain dengan hebat. Fahami 'realiti' dan 'kehendak' masakini generasi muda. Umumkan perkara baru misalnya hapuskan Perkara 15 AUKU. Wujudkan lebih banyak ruang untuk generasi muda memberi pendapat dan bebas bersuara. Wujudkan rangkaian Radio dan Televisyen khas untuk generasi muda meluahkan perasaan mereka. Sama seperti facebook, tweeter dan blog tetapi lebih interaktif. Jangan terlalu mengongkong generasi muda. Mereka ingin bebas dan suara mereka ingin didengari.

Lakukan tiga perkara ini kepada generasi muda terutama dalam memikat mereka iaitu:
1. Berkasih sayang
2. Mengambil berat (perihatin)
3. Berkongsi segala-galanya dengan mereka
Jangan sekali-kali abaikan mereka....

No comments:

Post a Comment