Ke mana nasib Melayu tanpa kuasa politik?



Orang Melayu perlu sedar bahawa nasib mereka tidak akan terbela tanpa penguasaan politik. Ekonomi negara hanya 18.9% di kuasi oleh GLC, syarikat yang berkepentingan kepada orang Melayu. Kalau di kaji lebih mendalam hanya lebih kurang 3% individu melayu menguasai ekonomi negara berbanding dengan orang china yang menguasai lebih kurang 42% ekonomi negara. Jadi apabila DAP mengetuk gendong supaya kerajaan PKR kalau dapat menguasai Perlimen akan mengurangkan penjawat awam kepada 50% , ini akan memberi kesan besar kepada orang Melayu.

Jumlah penjawat awam sekarang ialah lebih kurang 1.3 juta dan lebih kurang 90% dikuasai oleh orang Melayu. Apabila DAP dan kuncu-kuncunya ingin mengurangkan kepada 50%, akibatnya:

1. Jumlah orang Melayu akan diberhentikan dari penjawat awam adalah lebih kurang 650,000 dan jika diambil kira isi rumah setiap dari mereka purata 5 orang, ini bermakna lebih 3 juta orang melayu akan menerima kesannya. Purata pendapatan orang Melayu juga akan turut terjejas. Buat masakini purata pendapatan orang melayu lebih rendah dari kaum china dan india. Apa akan jadi jika 50% penjawat awam diberhentikan? Sudah pasti, ramai orang Melayu akan menganggur dan ini akan memberi kesan bukan saja kepada ekonomi, tetapi kesan sosial kepada orang Melayu. Boleh ke orang Melayu yang diberhentikan ini menceburkan diri dalam bidang perniagaan, masih tinggal di bandar dan hidup seperti biasa semasa mereka menjawat perkhidmatan awam? Semua ini mesti menjadi 'hantu' kepada orang Melayu!!

2. Pejawat awam ini akan diberi pilihan untuk berhenti serta diberi ganjaran tetapi bagaimana dengan masa depan mereka? Siapa yang akan memastikan keluarga mereka boleh 'survive' dengan perbehentian ini?

3. Kuasa pentadbiran orang Melayu akan berkurangan dan segala polisi mendatang sedikit sebanyak akan dikuasai oleh orang bukan Melayu. Jadi dimana 'suara' orang Melayu dalam pentadbiran negara!

4. Penguasaan Bahasa Melayu di pejabat-pejabat Kerajaan akan berkurangan kerana buat masa kini orang melayu menguasai pentadbiran negara. Apa akan jadi jika orang Melayu tidak lagi menguasai pentadbiran kerajaan, sudah tentu bahasa Melayu turut 'kecundang'.

5. DAP sebenarnya takut dengan bayang-bayang kerana penguasaan orang Melayu dalam pentadbiran negara sebenarnya satu strategi yang sukar untuk mereka menguasai negara. Lihat saja apa jadi dengan negeri-negeri yang di kuasai oleh pembangkang, masih ramai penjawat awam di negeri tersebut masih menyokong BN walaupun mereka bekerja di bawah kekuasaan dan pentadbiran pembangkang. Jadi inilah yang menjadi duri dalam daging mereka. Sebenarnya mereka takut untuk berhadapan dengan pegawai kerajaan yang 'setia' kepada BN!

Dengan itu sedarlah orang Melayu, jika kita senang-senang memberi undi kepada DAP, kesannya sangat besar seperti hilangnya bahasa melayu di pejabat kerajaan, ramai orang melayu akan diberhentikan dalam sektor kerajaan,  azan tidak lagi dibenarkan, agama Islam akan diperlekehkan, agama lain seperti Kristian akan di agung-agungkan, tempat-tempat maksiat akan di bela spt rumah pelacuran, tempat berjudi, rumah urut, minuman keras mudah dibeli dsb. dan yang paling orang melayu tak sedar hingga hari ini ialah apabila hak milik orang melayu di rampas secara 'sopan' seperti yang berlaku di semua negeri yang dikuasai oleh pembangkang di mana banyak-banyak tanah-tanah orang melayu telah 'tergadai' kepada orang china....

Penguasaan politik orang Melayu sedikit sebanyak adalah kesan dari penguasaan orang Melayu dalam pentadbiran negara. Sebelum era Tun Mahathir menjadi PM, kebanyakan ahli politik lahir dari pejawat awam dan kebanyakan mereka adalah dari kalangan pendidik!

No comments:

Post a Comment