Inflasi Adalah Satu Rahmat Allah



Inflasi perlu di fahami bahawa ia adalah satu rahmat Allah kerana kepada peniaga ia sesuatu yang baik.Ini kerana apabila harga naik, ia satu rahmat Allah kepada peniaga termasuklah peniaga-peniaga PAS. Apabila inflasi berlaku, peniaga akan mendapat lebih banyak pendapatan.

Inflasi bermakna kenaikan harga barang secara umum dan di Malaysia pada masa kini kadar inflasi di anggap rendah iaitu pada kadar 3.3%. Kalau dibandingkan dengan negara lain seperti Mozambique dimana kadar inflasinya lebih 30,000%, inflasi Malaysia di anggap TERKAWAL. Tidak semua inflasi mendatangkan kemudaratan termasuk apa yang berlaku di Malaysia. Contohnya apabila harga barang naik, ia mendorong pengeluar untuk menambahkan pengeluaran. Penambahan pengeluaran akan memberi kesan kepada pengurangan pengangguran. Ini disebabkan jika pengeluar ingin menambahkan pengeluaran, ia perlukan lebih ramai pekerja.dan akhirnya kadar pengangguran akan berkurangan. Menurut teori Ekonomi, pengangguran dan inflasi adalah bersifat SONGSANG, iaitu kalau inflasi naik, kadar penggangguran turun dan sebaliknya. Jika berlaku kedua-dua naik (Jarang-jarang berlaku), ini dipanggil MALAPETAKA dan MALAPETAKA ini TIDAK PERNAH berlaku di Malaysia. MALAPETAKA ini pernah berlaku dengan dahsyatnya pada tahun 1936 di Eropah dan Amerika yang dikenali sebagai GREAT RECESSION.
Apabila dikaitkan inflasi dengan Monopoli ia adalah sesuatu yang tidak benar kerana dalam dunia ini kita ada 4 jenis struktur perniagaan saja iaitu Monopoli, Monopolistik, Oligopoly dan Persaingan Sempurna.Apabila ada SATU saja pengeluar/peniaga dan banyak pembeli ia dianggap Monopoli. Monopoli boleh wujud secara semula jadi atau di cipta. Di Malaysia pada dasarnya tidak ada monopoli tulen dan monopoli ciptaan sangat SAMAR di Malaysia kerana kewujudannya masih dianggap bukan MONOPOLI kerana masih wujud persaingan. Contohnya Keretapi Tanah Melayu masih tidak dianggap MONOPOLI kerana masih ada pesaingan dengan mod-mod pengangkutan  yang lain seperti bas, kapalterbang, teksi, dsb. Perlu juga ditekankan bahawa TIDAK SEMUA monopoli boleh memberi keuntungan terutama yang berkaitan dengan barangan keperluan seperti air, elektrik dan pengangkutan. Kewujudan syarikat-syarikat ini adalah untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat tanpa memikirkan tentang keuntungan semata-mata. 

Apabila mengaitkan inflasi dengan AP (permit import) ia juga adalah tidak benar kerana kerajaan mengeluarkan AP kepada syarikat dan individu. Banyak syarikat menerima AP dan sudah beribu AP dikeluarkan kepada individu termasuk saya dan ramai lagi pelajar atau pekerja yang pernah belajar/bekerja di luar negara. Ada ramai pemimpin PAS juga menggunakan AP individu untuk kepentingan peribadi. AP ini di beli dari pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di luar negara terutamanya United Kingdom. Saya boleh namakan mereka jika saya mahu. Pemberian AP dalam ekonomi tidak dianggap satu MONOPOLI kerana ia masih ada persaingan dengan pengimpot-pengimpot kereta (RECON) atau peniaga-peniaga kereta terpakai. AP kepada syarikat dan individu akan berakhir pada 2015 dan ia sudah tentu tidak akan memberi kesan kepada penurunan harga kereta. Penurunan harga kereta bukan disebabkan oleh pemberian AP tetapi adalah faktor-faktor lain seperti penurunan kos bahan mentah dsb.
Kenaikan harga makanan dunia juga bukanlah atas faktor MONOPOLI. Sudah lebih 20 tahun Kelantan di perintah oleh PAS tetapi tidak ada satu usaha pun oleh kerajaan PAS untuk menggunakan KEKUATAN yang ada di negeri Kelantan untuk menjadi HUB PERTANIAN negara. Kelantan kaya dengan tanah yang subur dan sesuai untuk menjadi pengeluar besar-besaran pertanian negara. Tetapi kerajaan yang ditadbir oleh PAS khususnya dan rakyat kelantan amnya lebih rela mengimpot pelbagai produk pertanian dan pakaian dari Thailand. Ini termasuk sayur-sayuran, buah-buahan, beras, ikan, pakaian dan pelbagai lagi keperluan harian orang Kelantan (Buktinya jika tuan-tuan ke pasar Siti Khadijah/Wakaf Che Yeh berlambak produk pertanian dan pakaian dari Thailand boleh di lihat). Kalau Kerajaan PAS berusaha bersunggoh-sunggoh menggunakan kekuatan yang ada untuk menjadi SERAMBI PERTANIAN Malaysia..adakah baiknya. Ini sekurang-kurangnya membantu negara  menurunkan harga makanan ...tetapi Kelantan sebaliknya tidak fokus dalam memajukan negeri Kelantan sehingga statistik terkini terdapat 43,000 keluarga miskin di Kelantan dengan pendapatan sebulan kurang dari garis kemiskinan (PLI) iaitu RM720 sebulan. Jika Kelantan yang sudah lebih 20 tahun diperintah oleh PAS menggunakan sumber alam dari Allah dengan sebaik-baiknya (optima), maka sudah tentu hari ini setelah lebih 20 tahun PAS memerintah, Kelantan boleh menjadi contoh kepada negeri-negeri lain. Sebagai contoh Lousiana, di Amerika adalah sebuah negeri lebih kecil saja di Amerika dibandingkan dengan  Kelantan tetapi Louisiana boleh mengekspot beras ke seluruh dunia dan beras Lousiana adalah diantara beras yang terbaik di dunia..Iowa juga sebuah negeri kecil di Amerika dibandingkan dengan Kelantan, bahkan Iowa di anggap JELAPANG JAGUNG Amerika dimana Iowa juga pengekspot jagung dunia...jadi kenapa Kelantan tidak boleh menuruti Lousiana  atau Iowa atau negara jiran terdekat Kelantan iaitu Thailand? Saya telah menetap di Amerika selama 5 tahun dan England 4 tahun. Jika kita kekedai Oriental di negara-negara ini, terdapat banyak produk pertanian seperti beras, ikan, jagung, ubi keledek, rambutan, nangka, durian dsb...tidak ada satupun produk pertanian ini dari Kelantan (Made in Kota Bharu, Kelantan) tetapi terdapat terlalu banyak dari Thailand (misalnya made in Songkla, Thailand atau Narathiwat, Thailand iaitu daerah di Thailand yang paling hampir dengan negeri Kelantan). Bahkan budu yang terkenal di Kelantan, kalau di England budu ini di import dari Philipina atau Thailand...jadi di mana Kelantan....???

Oleh itu di mana Kelantan di mata dunia? adakah orang kenal Kelantan dengan kain batiknya? sudah tentu tidak kerana batik dari Indonesia lebih dikenali di luar negara dibandingkan dengan batik Kelantan.....Sebenarnya Kelantan GAGAL dalam meletakkan dirinya di kacamata Malaysia dan amat jauh sekali di kacamata dunia......dalam pembangunan EKONOMI bahkan pembangunan rohani...kerana masih terdapat pelbagi genjala sosial di Kelantan seperti mat rempit, rogol, pecah rumah, dadah dsb.

Pas tidak boleh hanya pandai berceramah politik tetapi dari sudut ekonomi, terbukti PAS tidak boleh membangunkan EKONOMI di Kelantan. Rakyat Kelantan mungkin kaya dengan kemesraan dan senyuman tetapi miskin dengan pembangunan ekonomi. Jika Kepimpinan Ulama PAS benar-benar BIJAK, ia telah berjaya membangunkan negeri Kelantan lebih hebat dari LEMBAH KLANG, kerana masa yang di beri untuk memerintah Kelantan lebih 20 tahun telah diberikan kepada PAS. Ini bukan satu jangkamasa yang pendek. Kelantan sebenarnya telah DEWASA dan bukan kanak-kanak lagi. Lihatlah pembangunan yang di bawa pada zaman Khalifah Omar RA, pada zaman beliau phasa pembangunan telah mencapai ke phasa Pembangunan Ekonomi Lestari (Economics Sustainability Development). Zaman kegemilangan khalifah dalam Islam tidak sampai 30 tahun (Abu Bakar, Omar, Osman dan Ali), tetapi zaman khalifah berjaya memertabatkan syariat Islam dan memperkasakan ekonomi ummah diseluruh pelusuk empayar Islam. Syariat Islam dan Ekonomi Ummah berkembang pesat di zaman ini  !!!!
INSAFLAH PAS SUPAYA DAPAT MEMBANGUNKAN EKONOMI NEGERI KELANTAN SEJAJAR DENGAN EKONOMI PANTAI BARAT YANG DIKUASI OLEH BUKAN MELAYU....RAKYAT KELANTAN MAHU MELIHAT ORANG MELAYU BOLEH MEMBANGUN BUKAN SAJA BERSAMA ISLAM TETAPI MELANGKAUI SEGALA-GALANYA (EKONOMI, ROHANI, SAHSIAH, PEMBANGUNAN, PERTUMBUHAN, SOSIAL DSB)...20 TAHUN LEBIH PAS MEMERINTAH KELANTAN BUKAN SATU JANGKAMASA YANG PENDEK !!!

DENGAN ITU, JIKA  PAS TELAH BERJAYA MEMBANGUNKAN NEGERI KELANTAN SEBAIK-BAIKNYA, INSYAALLAH PAS AKAN MEMBANTU MENURUNKAN HARGA BARANG MAKANAN NEGARA....JANGAN TERLALU BANYAK BERCERAMAH SAJA...BUAT..BUAT DAN BUAT.... JANGAN TAK BUAT TERUTAMA MEMBANGUNKAN UMAH KELANTAN KHUSUSNYA KEARAH PENCAPAIAN PEMBANGUNAN EKONOMI LESTARI.

PAS JANGAN BANYAK BERCAKAP SAHAJA, TETAPI LEBIH BAIK BANYAK BEKERJA!!!!!.





No comments:

Post a Comment