Malaysia Top 10 di ASIA di bawah Barisan Nasional


Malaysia di bawah kepimpinan Barisan Nasional telah membuktikan kepada dunia bahawa mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara di dunia. Bahkan Malaysia lebih hebat dalam beberapa perkara berbanding dengan negara-negara maju.

Maklumat terperinci lapuran World Economic Forum (WEF) ini boleh di baca dengan melayari website ini....http://reports.weforum.org/global-competitiveness-2011-2012/
Kepimpinan Barisan Nasional telah membawa Malaysia terus maju ke hadapan dengan mengambilkira kehendak rakyat secara total. Walaupun ekonomi dunia tahun 2011 tidak menentu, tetapi Malaysia tetap gah di mata dunia.

Negeri-negeri di bawah teraju PAS (Kedah dan Kelantan) terus mengalami masalah dalam pembangunan ekonomi lestari di mana Kedah dan Kelantan masih ketinggalan dalam banyak perkara seperti infrastruktur, pengangguran, kemiskinan, dan pendidikan. Jika dibandingkan dengan rakyat di negeri yang di terajui oleh Barisan Nasional, Kelantan dan Kedah perlu perubahan drastik dalam kepimpinan. Dengan itu, rakyat Kelantan dan Kedah mesti bertekad untuk MERUBAH tapuk kepimpinan Kedah dan Kelantan pada PRU-13 kerana kepimpinan oleh Azizan dan Nik Aziz tidak membawa apa-apa perubahan dalam pembangunan ekonomi lestari kedua-dua negeri ini....

Menurut lapuran WEF, Kedudukan Malaysia dalam Laporan Daya Saing Global 2011-2012 meningkat ke tangga 21 daripada tangga ke-26 tahun lepas, di kalangan 142 negara.

Malaysia berada di kedudukan keenam di kalangan ekonomi Asia Pasifik dan kedua di ASEAN dengan skor 5.08 mata daripada maksimum 7 (72.6 peratus) berbanding 4.88 tahun 2010.

Menurut laporan itu juga, kemajuan Malaysia memberangsangkan terutamanya dalam tunggak persekitaran ekonomi makro dan institusi, serta dalam beberapa langkah kecekapan pasaran.

Antara kelebihan daripada prestasi kukuh dan konsisten ini ialah sektor kewangan Malaysia yang cekap dan kukuh dibawah Gabenor Bank Negara yang cekap— yang berada di kalangan ekonomi paling maju dunia, hanya di belakang Singapura dan Hong Kong. Ini membuktikan bahawa Bank Negara Malaysia boleh mengawal sektor kewangan Malaysia terutama mengekang INFLASI. Dasar-dasar Bank Negara selama ini terbukti berjaya mengawal Kenaikan Kos Sara Hidup rakyat Malaysia. Pembangkang yang didokong oleh PKR, PAS dan DAP nyata PEMBOHONG/PENIPU SAKAN dengan mendakwa Barisan Nasional tidak boleh mengawal kenaikan harga barangan.

Lapuran World Economic Forum (WEF) ini nyata menyangkal dakwaan songsang pembangkang.

Menurut Lapuran WEF, pasaran barangan Malaysia juga cekap, berada di kedudukan ke-15.

Selain itu, situasi ekonomi makro Malaysia telah bertambah baik sejak tahun lepas berada di kedudukan ke-29, walaupun negara terus mencatatkan defisit bajet kira-kira lima peratus daripada keluaran dalam negara kasar.

Dari segi pendidikan tinggi dan latihan (kedudukan ke-38), menambah baik akses kekal sebagai keutamaan memandangkan kadar pendaftaran yang rendah pada 69 peratus (kedudukan ke-101) dan 36 peratus (kedudukan ke-66) bagi pendidikan menengah dan peringkat tinggi, kata laporan WEF.


JANGAN PERCAYA PROPAGANDA PKR, PAS DAN DAP....MEREKA NYATA PEMBOHONG DAN PENIPU DURJANA...................

No comments:

Post a Comment