Mat Sabu dan Lim Guan Eng Kaki Klentong (Kaki Putar Alam)


Kedua-dua manusia ini tidak boleh dipercayai...Lihat apa jadi kepada mereka yang telah diberikan amanah tetapi amanah yang diberikan telah disalahgunakan atau telah cuba diputar belitkan. Mat Sabu dilantik sebagai pengarah bukan eksekutif di Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP). PBAPP adalah salah sebuah anak syarikat ditadbir oleh Kerajaan Pulau Pinang. Pengarah bukan eksekutif hanya diberi elaun tertentu dan bukan tetap. Semua bajet PBAPP datangnya dari Kerajaan Negeri dan sumber hasil Kerajaan Negeri sudah tentu datangnya dari PEMBAYAR CUKAI.

Sebagai salah seorang pengarah bukan eksekutif di lantik, skop tugas biasanya sangat terhad dan kehadiran dalam mesyuarat adalah digalakkan dan bukannya wajib. Tetapi bagi memastikan komitmen kepada syarikat, pengarah bukan eksekutif seperti Mat Sabu biasanya akan hadir dalam mesyuarat kerana beliau akan diberi elaun hadir mesyuarat.

Pada 9 Julai 2011, Mat Sabu terlibat dengan Perhimpunan Haram Bersih yang tidak ada kena mengena langsung dengan kepentingan PBAPP. Beliau telah diperintahkan oleh Mahkamah untuk tidak boleh menghampiri kawasan perhimpunan haram bersih/tidak dibenarkan berada disekita Kuala Lumpur. Apabila beliau cuba hadir secara haram dengan melanggar perintah mahkamah, ini membuktikan bahawa Mat Sabu mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan kesan atas perbuatan beliau dan sudah jelas beliau tidak bertanggungjawab. Akhirnya beliau mendapat kecederaan kerana cuba lari dari ditahan oleh polis (bala dari Allah S.W.T.) atas perbuatan sia-sia beliau. Beliau terpaksa mendapat rawatan di hospital swasta dan PBAPP terpaksa membayar kos sia-sia kepada Mat Sabu dimana beliau menuntut sebanyak RM8,434.05 dimana RM5,060.54 bil rawatan dan RM3,373.50 tidak jelas kos apa (mungkin masuk ke saku beliau).

Sebagai seorang pengarah bukan eksekutif sepatutnya beliau memanafaatkan tugas beliau untuk menaikkan imej dan memperkasakan PBAPP tetapi sebaliknya beliau terlibat dengan aktiviti haram yang sia-sia bukan saja sia-sia kepada negara tetapi kepada Agama Islam. PBAPP bukanlah syarikat kaya raya kerana kewangan PBAPP seperti hidup segan mati tak mahu....PBAPP salah sebuah anak syarikat Kerajaan negeri yang mempunyai banyak masalah bahkan syarikat ini tidak pernah buat untung langsung sejak beroperasi....Perbuatan sia-sia Mat Sabu dengan menghadiri aktiviti haram bersih dan akhirnya mendapat bala dari Allah, tetapi yang menjadi MANGSA ialah PBAPP kerana terpaksa menanggung kos yang sepatutnya TIDAK WUJUD. Dalam ekonomi, ini dipanggil kos sia-sia dan satu pembaziran syarikat. Penambahan kos sia-sia akan mengurangkan keuntungan syarikat. Jadi perbuatan sia-sia pengarah syarikat yang tidak bertanggungjawab seperti Mat Sabu TIDAK BOLEH diterima langsung. Sepatutnya beliau memikirkan cara MENGURANGKAN KOS dan bukan menjadi BEBANAN kepada syarikat terutama syarikat PBAPP yang memang dah RUGI.....

Apabila Pegarah Urusan PBAPP Jaseni Maidinsa mengadakan press conference untuk membela Mat Sabu dengan mengatakan Mat Sabu PERLU hadir mesyuarat pengarah PBAPP iaitu pada 19 Ogos 2011, dan kos rawatan yang dituntut oleh Mat Sabu sesuatu yang SEPATUTNYA syarikat PBAPP bayar, ini sesuatu yang TIDAK MASUK AKAL kerana Mat Sabu bukan pengarah eksekutif dan beliau mendapat kecederaan atas perbuatan sia-sia dan diluar waktu pejabat. Disamping itu beliau bukan PEKERJA TETAP PBAPP, jadi atas alasan apa sekalipun sebenarnya PBAPP telah MENGKHIANATI amanah yang telah rakyat berikan kepada PBAPP supaya menjaga PBAPP dengan baik tanpa menggunakan kuasa yang ada untuk KEPENTINGAN yang jelas MEMBAZIR dan tidak MENGUNTUNGKAN PBAPP.

Oleh itu Mat Sabu dan Lim Guan Eng....orang yang TIDAK BERAMANAH dan telah menyalah GUNAKAN KUASA yang telah diberikan dengan SEWENANG-WENANGNYA....tanpa memikirkan kesan keatas PBAPP....

Mat Sabu dan Lim Guan Eng patut di gelar Mat Sabu Kaki Klentong, begitu juga Lim Guan Eng kaki putar alam.......

No comments:

Post a Comment